Saturday, September 21, 2013

masih serupa atau sudah berubah???

setiap kali PRU,orang melayu UMNO yang byk bagi menang kepada BN,dah 6 PM kita ada semua dari UMNO dan orang melayu jugak yang menentukan kemenangan pilihanraya,tapi terbelakah nasib melayu2 ini bila selepas PRU,berapa ramai calon yang menang toleh belakang tengok melayu2 ini,dah masuk PRU13,mohon kali ni yang menjadi pemimpin tak kira dari cawangan,bahagian,pusat atau di mana sajer sesekali lihat dan pandanglah sahabat2 sebangsa kita ni,tak kerana sahabat serumpun melayu UMNO yang setia,BN takkan menang mudah,jadi untuk kali ni buatlah tranformasi,perubahan,angkat maruah dan martabat MELAYU,jangan asyik dibuai mimpi kemenangan,mimpi gelaran,mimpi kesenangan,sesekali mimpikan juga untuk merubah nasib bangsa sendiri,lihat sendiri depn mata selagi ada nyawa lihat anak2 Melayu maju..orang melayu tak mintak harta,tak mintak kebendaan tapi cukuplah dengan membela memberi kemudahan seperti pekerjaan,kemudahan pinjaman perniagaan,peluang berlajar dan bayak lagi,tu pun kalau orang yang jadi pemimpin UMNO ni nampak la.
sekarang ni semua tengah sibuk dengan mesyuarat cawangan,lepas tu bahagian,lepas tu pusat plak,semua sibuk nak bertanding,semua nak jadi calon,kalau boleh janganla jadi macam dulukala,bapak jadi ketua,mak ketua wanita,anak lelaki pemuda,anak perempuan puteri,sampai bila legasi nak bertukar kalau dah sign kontrak turun temurun,beri la peluang kepada calon muka baru muda yang berpotensi,cukup2la dah dapat banyak hasil,bagi la peluang kepada generasi muda yang ada tenaga ni plak,kalau dah tak larat,tak mampu elok undur jer,sekarang zaman dah berubah,orang nak muka baru yang lebih aktif dan cergas yang dapat melaksanakan tugas sebagai pemimpin,yang lebih dekat dengan masyarakat,yang lebih peka dengan segala masalah,yang rajin turun padang,orang dah muak dengan anak bapak,anak mak,anak manja semua ni sebab banyak sangat menumpang tapi daya kepimpinan kosong,kosong,kosong macam lagu najwa latif.
jadi dengan harapanla(tak payah harapan menggunung takut tak larat nak panjat),selepas PRU13,selepas semua pemilihan di setiap peringkat dan pusat ni,yang menang tu toleh la kebelakang semula,jangan lupa pada orang melayu yang tertinggal,cari,pimpinlah mereka,beri jalan dan peluang untuk mereka mengubah nasib diri sendiri,anda ibarat cahaya yang menyuluh kegelapan,menyinari malam yang terang,kita semua sama cuma nasib jer berbeza,ada bawah,ada di atas,harap kali ni nasib orang Melayu tak seperti dulu-dulu,yang pasti setianyer orang Melayu kepada UMNO tak pernah berubah,walau diusia lanjut mahu pun yang usia muda,semangat untuk memartabatkan nasib Melayu sentiasa tak pernah putus..SELAMAT BERJUANG UNTUK SEMUA RAKAN-RAKAN DALAM UMNO/BLOG/FB/TWEETER DAN DI MANA SAHAJA PERJUANGAN ANDA.

No comments:

Post a Comment