Monday, August 26, 2013

KEMERIAHAN KEMBALI. HANTU RAYA TURUT KEMBALI.. (BAHAGIAN 1).

Setelah bertahun-tahun menunggu, akhirnya Ahli-Ahli UMNO di peringkat Akar Umbi kembali merasai kemeriahan sebagai Ahli UMNO. Barulah terasa bagaimana berharganya jadi Ahli UMNO. Mana tidaknya, sudah mula orang-orang yang bergelar Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Dato' Datin, Tan Seri, Dr, IR mula tercari-cari siapa Perwakilan ke Mesyuarat Agung Bahagian nanti. Ada juga yang tak pernah-pernah pulang ke kampung, akhir-akhir ni kerap berada di Kampung Halaman BBuat kenduri. Sempena Shawal ini, apa lagi tak kurang juga yang buka rumah (Rumah terbuka), walhal sebelum ini, nak jemput orang kampung menjengah ke halaman pun jangan mimpi lah. Tertutup rapat pintu pagarnya. Yang ada kuasa sedikit mulalah, guna kemudahan yang ada, Program untuk Ibu Tunggal, OKU dan macam-macam lagi. yang bergelar Datin (tumpang suami) yang sebelum ini punya lah sombong, dah mula nak beramah mesra dengan makcik-makcik di kampung. Bukan apa, nak jaga nama suami, kalau suami dapat kedudukan, dapat le si Datin menambah koleksi gelang tangan barang seurat dua (kalau rantai leher Datin lain tak nampak). Mulalah kertas yang dipanggil macam-macam (kepala rimau, gambar Agong, Ringgit, RM) dicurah-curah atas nama 'sumbangan duit raya'. Kalu nak dibincang pasal menu rumah terbuka jangan cakaplah, sekarang ini, sudah menjadi satu trend. Menu wajib, kambing panggang. Kalau ada kambing tu kira hebatlah. Teman teringat kata-kata kawan teman (Chef) beberapa bulan lalu. Teman pernah menyatakan hasrat nak buat aqiqah (hasrat tu nak panggang seekor kambing, sebab anak perempuan). Kata kawan teman yang Chef itu, "menu orang kaya tu". Begitulah persepsi memain peranan. Sekarang ini kalau pergi rumah terbuka, ada kambing panggang, menu tu akan disebut-sebut berkali-kali. Kesian kawan-kawan yang buat rumah terbuka, tetapi tidak menyediakan kambing panggang, "sorry lah kawan, open house mike takde class".

Sebagai penulis, sudah tentu teman sentiasa mencari bahan yang nak dilontarkan di blog teman ni. Berkesempatan juga berbual-bual dengan Ahli-Ahli (yang biasanya digelar hantu raya), yang sudah agak lama tidak dipedulikan oleh tuan. Maklumlah, tuan mereka sebelum ini agak sibuk bersama YAB-YAB, takut nama tidak tersenarai sebagai calon Wakil Rakyat. Sememangnya hantu-hantu raya ni bertuan, sebelum-sebelum ini, merekalah yang akan menjalankan peranan untuk tuan mereka sebenarnya, tuan mereka hanya dtang dengan penuh gaya disaat akhir. Tetapi seperkara yang kadangkala tuan hantu raya ni tidak tahu atau buat-buat tidak tahu, mereka ni sebenarnya memiliki lebih dari satu tuan. Perjuangan bagi hantu raya ni, semasa pemilihan inilah. Peduli apa dengan transformasi politik, transformasi ekonomi, transformasi kerajaan. Yang penting semasa musim pemilihan ini mereka juga akan bertransformasi. Kesimpulan yang teman dapat dalam perbualan teman dengan hantu-hantu  raya ini, walau bagaimana besar perubahan dilakukan oleh UMNO, buat lah sistem baru sekalipun, ubahlah beberapa kali yang diingini, hantu raya ini akan tetap berperanan penting diperingkat akar umbi hingga boleh membantu merubah kepimpinan diperingkat Nasional. Teman akan cuba kupas isu serta peranan HANTU RAYA ini, dan dalam artikel akan datang, dalam bahagian 2 nanti. untuk makluman pembaca, teman juga berkesempatan berbual-bual dengan beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Maklumlah musim buka rumah ni, masa inilah senang nak jumpa Yang Berhormat-Yang Berhormat. Seperti teman ceritakan tadi, tahun ini sudah banyak kali makan kambing panggang. Teman juga akan cuba paparkan pandangan serta pendapat mereka yang sedang bergelut mempertahankan kedudukan dalam Parti. Ramai juga yang rupa-rupanya masih kabur dengan perjalanan sistem pemilihan yang baru ini, bukan apa terlalu memberi tumpuan kepada tugas nak menang Pilihanraya tempoh hari, lupa nak jaga diri dalam Parti (kerana ini saranan Presiden). Seperkara lagi, rupa-rupanya tuan kepada hantu-hantu raya ini bakan calang-calang, semua bergelar YBM belaka. Sekian, jumpa lagi di Bahagian 2 nanti.

No comments:

Post a Comment